REFLEKSI MINGGU KE 4

AZURA
MIRA ISMAIL
Assalamualaikum..,
Aktiviti kuliah pada hari ini ialah melakar diri saya sendiri.Selepas itu,rakan-rakan satu kumpulan akan menilai diri saya berdasarkan apa yang mereka fikir tentang saya.Disini saya dapat mengetahui apa anggapan mereka tentang saya.Setelah diberi penilaian,hampir kesemua penilaian yang saya terima adalah bersifat positif.Namun begitu,terdapat juga penilaian yang negatif.Oleh itu,saya dapat mengetahui apa yang perlu saya ubah dalam diri saya,agar menjadi lebuh maju ke hadapan,begitu juga dengan rakan setugasan saya.
Daripada aktiviti ini,kita dapat menilai rakan kongsi kita tanpa ada rasa tidak puas hati dan timbulnya pergaduhan.Aktiviti ini kita boleh praktikkan apabila kita bekerja atau membuka perniagaan secara kongsi.sekian..
NEEDA
Assalamualaikum
Hari ini dalam
kursus APK , saya dan rakan-rakan dalam kumpulan telah menjalankan satu
aktiviti yang telah diterangkan oleh ketua kumpulan kami. Pada awal sesi kursus
APK berlangsung, seorang ketua yang telah dilantik pada minggu ini telah
diminta oleh pensyarah untuk kehadapan. Hal ini untuk memudahkan pensyarah
tersebut menerangkan apa yang akan dilakukan oleh setiap ahli kumpulan dan
ketua kami tidak terkecuali dan perkara itu telah disampaikan kepada kami
dengan jelas.
Setelah selesai
berbincang, ketua telah menerangkan satu tugasan kepada kami untuk melukis satu
potret wajah sendiri dan setiap ahli kumpulan harus membuat penilaian
berdasarkan potret lukisan tersebut sama ada positif mahupun negatif.
Berdasarkan potret tersebut kami mendapat komen dari ahli kumpulan
masing-masing dan kami menerima apa sahaja kritikan tersebut dan kami akan memperbaiki diri sendiri.
Saya sangat
berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan ini, kerana ia memberi satu kesedaran kepada kita untuk menilai
rakan kongsi kita apabila hendak menjalankan sesuatu aktiviti perniagaan. Di
sini masing-masing dapat mempelajari apa
yang hendak disampaikan sebenarnya.
MIRA RAHIM
Assalamualaikum
w.b.t
Pada hari ini saya telah memainkan peranan sebagai ketua dalam kumpulan saya,kumpulan lima.Pensyarah memulakan kuliah dengan memanggil semua ketua bagi setiap kumpulan dan memberikan arahan untuk melaksanakan tugasan.
Pada hari ini saya telah memainkan peranan sebagai ketua dalam kumpulan saya,kumpulan lima.Pensyarah memulakan kuliah dengan memanggil semua ketua bagi setiap kumpulan dan memberikan arahan untuk melaksanakan tugasan.
Tugasannya
ialah setiap orang diminta melukis satu potret diri.Setelah itu,menilai diri
masing-masing.Kemudian,potret itu akan diberikan kepada rakan-rakan yang lain
dalam kumpulan secara satu-persatu.Ini bermakna setiap ahli akan menilai diri
sesorang itu dan menulis komen berkenaan di atas potret yang telah
diberikan.Sebagai contohnya,menulis komen dia seorang yang
ceria,bertanggungjawab,comel dan lain-lain.Selain itu,pensyarah turut
menerangkan berkaitan dengan Business Model yang melibatkan aspek customer
segment,value proposition,customer relationship,key partner,key resources,key
activities,cost structure,renew stream dan channel.
Semua
aktiviti yang dijalankan ternyata memberi impak yang positif.Antaranya dapat
memberikan maklum balas yang baik,bekerjasama sebagai satu pasukan,menilai
rakan-rakan serta berdiskusi berkaitan projek kumpulan yang akan dijalankan.
FARHANA
FAZLIANA
ASYURA
No comments:
Post a Comment