Wednesday, 7 November 2012



REFLEKSI MINGGU KE 2 
ISU: MENGENALPASTI PUNCA KEJATUHAN SAHAM MC' DONALD


NORAMIRA BINTI ISMAIL
JEC120011

Salam sejahtera...,
Minggu ini merupakan minggu yang sungguh menyeronokkan kerana saya dapat memegang jawatan sebagai 'Top Manager'.Terdapat juga jabatan lain yang terlibat seperti pembekal,pesaing,pekerja,pelabur,dan pelanggan.Saya harus mengenalpasti punca mengapa saham syarikat saya jatuh menjunam dalam tempoh dua minggu.Disini kami perlu berbahas untuk mempertahankan jabatan masing-masing supaya tidak dipersalahkan.Aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar untuk menonjolkan 'soft skill' yang ada dalam diri mereka kerana mereka perlu berhujah dengan penuh yakin agar hujah mereka diterima oleh semua orang.Selain itu,aktiviti ini turut melatih pelajar cara untuk berkomunikasi dengan masyarakat.  :)


NUR FARHANA BINTI DZULHAIMI
JEC 120015
Saya di beri tugasan sebagai pesaing.
sebagai pesaing,saya tidak terlibat secara langsung dengan permasalah dalaman yang dialami oleh syarikat lain.
saya hanya menumpukan kepada organisasi syarikat saya.
bagi saya,kelemahan yang terdapat pada sesebuah syarikat tidak kira masalah luaran atau dalaman akan memberi impak positif terhadap perkembangan syariat pesaing.
hal ini kerana sebagai pesaing,kelemahan syarikat lain adalah kelebihan untuk memantapkan perjalanan syarikat mereka.kecatatan yang ade dalam syarikat lain akan di manfaatkan sepenuhnya oleh pesaing bagi menambah baik produk yang sedia ada dan menghasilkan satu produk yang jauh lebih berkualiti.
NUR FAZLIANA BINTI NOOR YAZID
JEC 120016
Assalamualaikum….
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana saya dapat membuat refleksi tentang tugasan saya sebagai seorang pelanggan pada minggu ke 2 ini. Banyak masalah yang timbul dalam proses perniagaan. Antaranya,penawaran barang yang diberikan amat terhad dan kepelbagaian barang amat kurang. Selain itu, harga yang ditetapkan atas sesuatu barang tidak berpatutan atau dikelaskan sebagai mahal. Selain itu juga, terdapat barang yang tidak berkualiti yang disediakan oleh sesebuah syarikat. Saya tidak pasti sama ada peniaga atau pihak lain yang harus dipersalahkan. Bagi saya mungkin pembekal yang tidak meneliti sesuatu barang itu sebelum dibekalkan kepada sesebuah syarikat. Dalam pada itu juga, pihak pengurusan syarikat perlu mengambil berat dan meneliti barang yang dibekalkan oleh pembekal supaya tidak berlaku ketidakpuasan seseorang pelanggan. Kita semua juga telah sedia maklum bahawa ‘custumer is always right’ kan. Dengan itu, pihak pengurusan perlulah memberi kepuasan dalam perniagaan kepada seseorang pelanggan.
NOR AZURA BINTI DIN 
JEC 120010
Pada minggu ke2,saya ditugaskan sebagai seorang pelanggan. Dalam sesi pembelajaran ini,saya dapat mempelajari bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam sesebuah syarikat. sebagai seorang pelanggan,tidak banyak masalah yang wujud masing-masing menyalahkan pihak pengurusan terbabit. berlaku perdebatan yang hebat di kalangan para pekerja,pengurusan dan pembekal. pada pandangan saya,masalah wujud kepada pihak pelanggan apabila berlaku permintaan yang sedikit menyebabkan syarikat tersebut muflis. selain itu,tagline kami ialah 'customer is always right' menyebabkan kami berhak menentukan permintaan kami sendiri. pihak pengurusan dan pekerja perlu menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk menarik perhatian pelanggan.

NUR ASHURA BINTI ABU SAHARUDIN
JEC 120014 

Assalamualaikum.
Pada minggu ini kami dikehendaki memainkan peranan sebagai ahli-ahli yang terlibat dalam perniagaan seperti seorang pembekal, pekerja, persaing, pengurus, pengurus kewangan dan juga pelanggan. Saya telah memilih untuk memainkan watak sebagai seorang pembekal. Kami diberikan situasi dimana syarikat McDonald telah mengalami kejatuhan saham sejak kebelakangan ini. Oleh itu, kami dikehendaki membincangkan unit manakah yang bertanggungjawab terhadap masalah ini. Setiap orang memainkan peranan masing-masing untuk menegakkan kebenaran bahawa mereka tidak bersalah. Aktiviti ini membuka mata saya dan membuatkan saya berfikir perkara yang selama ini tidak pernah saya fikirkan. Sepanjang aktiviti berjalan dimana semua pihak mempertahankan unit masing-masing, saya hanya duduk, dengar dan perhatikan. Masing-masing gigih membentangkan hujah masing-masing menyatakan mereka tidak bertanggungjawab terhadap masalah kejatuhan saham ini. Saya tidak berpeluang dan tidak memberi peluang kepada diri saya untuk bersuara. Saya sedar bahawa sikap saya ini merupakan sesuatu yang tidak sihat, namun saya akan berubah dari semasa ke semasa. Bukan hanya duduk, dengar dan memerhati, tetapi turut bersuara dan menumbangkan idea.
Sekian

NORAMIRA BINTI RAHIM
JEC120012

 
Saya telah mempelajari cara-cara mendengar arahan daripada ketua dan melaksanakan tindakan yang telah ditetapkan.Ini merupakan rantaian arahan daripada ketua untuk menyampaikan maklumat kepada anak-anak buahnya.Selain itu,saya turut bertindak berdasarkan arahan yang diberikan untuk berinteraksi dengan pihak lain yakni rakan-rakan saya sendiri.Tambahan pula,saya juga dapat mengenalpasti permasalahan yang berkemungkinan timbul dalam sesuatu organisasi perniagaan.Misalnya kejatuhan saham McDonald.

Saya berasa gembira dan berpuas hati kerana telah didedahkan dengan pengetahuan keusahawanan oleh pensyarah APK sendiri.Sebagai contohnya,dapat mengetahui permasalahn yang berlaku dalam perniagaan,peranan yang perlu dimainkan oleh setiap ahli organisasi,kemahiran yang pelu dimiliki dalam menerajui sesuatu bidang perniagaan serta banyak lagi.

Insyaallah,saya boleh mengaplikasikan pengetahuan ini dalam kumpulan pembelajaran untuk menyiapkan tugasan,di samping itu saya juga boleh menggunakannya ketika hendak membuka perniagaan kelak hari.Saya mengharapkan ilmu yang dipelajari ini mampu memberi manfaat kepada saya serta rakan-rakan yang lain.


 NOR ANIDA BINTI AB RAHMAN
JEC120009

Assalamualaikum….
Minggu ini kami diberi tugasan oleh pensyarah untuk membuat satu aktiviti yang terdiri daripada ahli-ahli yang mengambil kursus Asas Pembudayaan Keusahawanan . Peranan kami adalah harus memilih salah satu unit yang terdiri daripada pembekal , pesaing , pekerja , pengurus dan pelanggan. Situasi yang diberikan ialah syarikat McDonald telah mengalami kejatuhan saham sejak kebelakangan ini . Saya telah mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut dan memilih untuk menjadi sebagai pekerja . Kami telah berkumpul untuk berbincang tentang masalah yang akan dihadapi oleh seseorang sebagai pekerja . Tugasan kami adalah mencari siapakan yang harus dipersalahkan dalam hal ini . Kami sebagai pekerja harus melindungi hak masing-masing dan masalah yang berlaku pada syarikat tersebut bukan salah pekerja sebaliknya kami menyalahkan pengurus kerana tidak memantau bekalan makanan tersebut . Setelah selesai perbincangan kami telah mewakilkan seseorang  dari pekerja tersebut untuk menyuarakan pendapat bahawa kami tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini . Kami hanya menjalankan tanggungjawab kami sebagai seorang pekerja . Walaupun saya tidak menyuarakan pendapat sendiri tetapi cukup memberi pendapat saya kepada mereka.
sekian,

No comments:

Post a Comment