
REFLEKSI MINGGU KE 3
MIRA ISMAIL
Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Pada minggu ini,kelas dimulai dengan melakukan aktiviti ombak...Kami sebagai satu pasukan harus bekerjasama untuk menghasilkan satu gelombang secara berterusan.Daripada aktiviti ini,kita dapat mengetahui bahawa dalam bidang perniagaan terdapat turun naik yang tersendiri.Seorang usahawan yang berjaya,haruslah mampu menghadapi situasi tersebut.Selepas itu,kami telah diberi tugasan daripada ketua kumpulan yang baru,iaitu memilih satu jawatan yang telah diberikan.Saya telah memilih jawatan sebagai pendaftar kerana ingin mengalami sendiri situasi ketika mendaftar sesebuah syarikat yang hendak ditubuhkan.Tugasan seorang pendaftar agak mencabar kerana data-data yang diberikan oleh usahawan perlu dikemaskini dengan rapi.Hal ini kerana tugas pendaftar merupakan titik awal permulaan sesebuah perniagaan yang berdaftar. Saya mendapati rakan-rakan pendaftar yang lain memberi komitmen yang tinggi dalam melakukan tugasan yang diberikan.
NEEDA
Pada minggu ini, kami
mendapat arahan dari ketua kumpulan kami untuk memilih salah satu unit seperti
pengurus bank,pekerja, pendaftar,pengguna,pembekal dan usahawan. Setiap unit harus
mempunyai tugas masing-masing.
Saya telah memilih
untuk menjadi pembekal. Sektor ini adalah unit yang membekalkan bahan-bahan
yang diperlukan oleh usahawan untuk menjalankan aktiviti perniagaan mereka
disamping mengembangkan perniagaan tersebut.
Tugas pembekal
ialah menerima tempahan dari usahawan dan aktiviti ini memerlukan modal yang
besar. Oleh itu kami sebagai pembekal harus berurusan dengan pihak bank untuk
meminjamkan sejumlah wang kepada kami untuk memenuhi kehendak usahawan
tersebut.
Disini kita dapat lihat bahawa jika hendak
menjalankan aktiviti perniagaan harus memerlukan modal yang besar dan perlu
berurusan dengan banyak pihak.
MIRA RAHIM
Pada hari ini,pensyarah telah memulakan
kuliah dengan membuat aktiviti berombak.Hal ini untuk menjalinkan kerjasama
antara pelajar di samping memberi gambaran bahawa seorang usahawan itu
mempunyai situasi pasang surut dalam operasi perniagaan yang dijalankan.
Selain itu,saya juga berpuas hati dan
berasa mencabar kerana menggalas tanggungjawab sebagai seorang usahawan dalam
aktiviti yang berikutnya.Di sini,saya bertanggungjawab dalam merancang
perniagaan yang hendak dilaksanakan.Antaranya,perlu mendaftar
perniagaan,membuat pinjaman kepada pihak bank,bijak berurusan dengan pihak
pembekal,pakar dalam mengambil pekerja yang berkebolehan seterusnya menjual
produk di pasaran.
Saya menyedari semua aktiviti yang
dijalankan ini mempunyai agendanya tersendiri.Oleh itu,saya akan melibatkan
diri sepenuhnya dan memberi komitmen dalam melaksanakan apa-apa jua aktiviti
yang akan diberikan kelak.
AZURA
Assalamualaikum wbt...
pada minggu ke-3,saya telah ditugaskan sebagai seorang pelanggan. kami
dikehendaki membuat urusan peminjaman wang di bank untuk mendapatkan
perkhidmatan dan barangan. melalui sesi pembelajaran ini,saya dapat
mengalami sendiri bagaimana urusan tersebut dijalankan walaupun tidak
mengikut prosedur yang sebenar. saya telah membuat peminjaman wang
sebanyak wang sebanyak rm10 000 dan perjanjian dengan pihak bank untuk
membayar balik pinjaman tersebut adalah selama 5 tahun.
setelah
itu,kami dikehendaki menggunakan wang tersebut untuk membeli barangan
dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak pekerja. saya telah membeli
kuey tiow sebanyak rm 2000 dan pizza hot sebanyak rm2000. ini bermakna,
saya telah membelanjakan duit saya sebanyak rm4000 dan baki yang ada
sebanyak rm6000.
akhir sekali,melalui sesi pembelajaran pada kali
ini saya dapat didedahkan dengan pelbagai pengetahuan dan pengalaman
yang berguna dalam keusahawanan.
FAZLIANA
Assalamualaikum……
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat membuat
refleksi tentang tugasan saya sebagai seorang pekerja. Sebagai seorang
pekerja, saya perlu memohon pekerjaan dalam sesebuah syarikat. Saya
perlu mencari jawatan-jawatan kosong dalam pelbagai sumber seperti
akhbar, internet dan sebagainya. Saya perlu membuat satu resume untuk
memohon sebarang pekerjaan. Saya membuat resume yang terbaik dan
akhirnya saya diberi peluangmemegang jawatan sebagai akauntan di sebuah
syarikat pemprosesan roti. Saya diberi tugasan bersama rakan-rakan
sekerja untuk memberi satu idea tentang barang yang perlu dipasarkan dan
kami membuat keputusan untuk menguruskan pengeluaran dan pasaran ‘pizza
hot’. Pengurusan dalam memasarkan ‘pizza hot’ amat memberangsangkan dan
mendapat keuntungan yang lumayan. Setelah sebulan bekerja, kami
mendapat gaji yang pertama sebanyak RM1000 dan kami perlu masukkan duit
tersebut ke dalam bank kami untuk simpanan. Kami gembira bekerja di
syarikat yang mempunyai pengurusan yang baik itu. Dalam pembelajaran
kali ini, saya dapat mencari pengalaman tentang seorang pekerja.
FARHANA
Pada minggu ini saya diberi tanggungjawab sebagai seorang pegawai bank.
Seperti yang kita tahu,menjadi seorang pegawai bank bukanlah satu kerja
yang senang.Kesabaran dan kebijaksanaan diperlukan.Hal ini demikian
kerana saya perlu berdepan dengan ramai orang yang ingin membuat
pinjaman wang bagi melancarkan urusan mereka.Saya ditugaskan untuk
menjaga kaunter pinjaman wang bagi meluluskan jumlah wang pinjaman yang
dilakukan oleh usahawan,pembekal dan pelanggan.Pihak kami sebulat suara
memberi kata sepakat untuk memberikan pinjaman sebanyak RM40 ribu dan
kebawah bagi usahawan dan pihak pembekal sebagai modal perniagaan
mereka.Manakala,wang pinjaman maksimum bagi seorang pelnggan hanya lah
sekitar RM5 ribu sahaja.Kami ada menyediakan syarat khas bagi peminjam
seperti mereka perlu membayar hutang pinjaman tersebut dalam tempoh
setahun serta dikenakan caj keuntungan sebanyak 10% daripada jumlah
pinjaman mereka.Jika mereka gagal untuk berbuat demikian,pihak kami
berhak untuk menyita aset mereka.Selain itu,usahawan dan pihak pembekal
perlu membayar semua bil dan sewa kepada pihak bank.Bil-bil tersebut
berjumlah RM200 manakala sewa dikenakan sebanyak RM1000.Di akhir tugasan
tersebut,saya mendapati semua peminjam tidak mampu membayar hutang
mereka di bank.Perniagaan mereka tidak mendapat keuntungan dan
menyebabkan mereka terus berhutang.
No comments:
Post a Comment