Wednesday, 21 November 2012



 REFLEKSI MINGGU KE 4
AKTIVITI:LAKARAN MUKA   

AZURA 
Assalamualaikum wbt...
Pada kuliah yang bertarikh 9 November 2012,kami telah ditugaskan untuk melukis potret wajah masing-masing. Setelah itu,kami diminta untuk menulis setiap kelebihan dan kekurangan diri. Potret yang dilukis itu kemudiannya diedarkan kepada setiap ahli kumpulan untuk dinilai oleh mereka. Melalui cara ini, kami dapat menilai setiap kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri setiap ahli kumpulan. Selain itu,kami juga berpeluang untuk mengenali mereka dengan lebih rapat. Aktiviti ini boleh di aplikasikan dalam dunia keusahawanan kelak dimana kita perlu mengenali setiap pesaing yang berada di sekeliling kita. Oleh itu,kita mampu mengubah setiap yang negatif kepada positif.
MIRA ISMAIL

Assalamualaikum..,
Aktiviti kuliah pada hari ini ialah melakar diri saya sendiri.Selepas itu,rakan-rakan satu kumpulan akan menilai diri saya berdasarkan apa yang mereka fikir tentang saya.Disini saya dapat mengetahui apa anggapan mereka tentang saya.Setelah diberi penilaian,hampir kesemua penilaian yang saya terima adalah bersifat positif.Namun begitu,terdapat juga penilaian yang negatif.Oleh itu,saya dapat mengetahui apa yang perlu saya ubah dalam diri saya,agar menjadi lebuh maju ke hadapan,begitu juga dengan rakan setugasan saya.
  Daripada aktiviti ini,kita dapat menilai rakan kongsi kita tanpa ada rasa tidak puas hati dan timbulnya pergaduhan.Aktiviti ini kita boleh praktikkan apabila kita bekerja atau membuka perniagaan secara kongsi.sekian..


 NEEDA

Assalamualaikum
Hari ini dalam kursus APK , saya dan rakan-rakan dalam kumpulan telah menjalankan satu aktiviti yang telah diterangkan oleh ketua kumpulan kami. Pada awal sesi kursus APK berlangsung, seorang ketua yang telah dilantik pada minggu ini telah diminta oleh pensyarah untuk kehadapan. Hal ini untuk memudahkan pensyarah tersebut menerangkan apa yang akan dilakukan oleh setiap ahli kumpulan dan ketua kami tidak terkecuali dan perkara itu telah disampaikan kepada kami dengan jelas.
Setelah selesai berbincang, ketua telah menerangkan satu tugasan kepada kami untuk melukis satu potret wajah sendiri dan setiap ahli kumpulan harus membuat penilaian berdasarkan potret lukisan tersebut sama ada positif mahupun negatif. Berdasarkan potret tersebut kami mendapat komen dari ahli kumpulan masing-masing dan kami menerima apa sahaja kritikan tersebut dan  kami akan memperbaiki diri sendiri.
Saya sangat berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan ini, kerana ia memberi  satu kesedaran kepada kita untuk menilai rakan kongsi kita apabila hendak menjalankan sesuatu aktiviti perniagaan. Di sini masing-masing dapat mempelajari  apa yang hendak disampaikan sebenarnya.
Sekian, terima kasih

 MIRA RAHIM

Assalamualaikum w.b.t
Pada hari ini saya telah memainkan peranan sebagai ketua dalam kumpulan saya,kumpulan lima.Pensyarah memulakan kuliah dengan memanggil semua ketua bagi setiap kumpulan dan memberikan arahan untuk melaksanakan tugasan.

Tugasannya ialah setiap orang diminta melukis satu potret diri.Setelah itu,menilai diri masing-masing.Kemudian,potret itu akan diberikan kepada rakan-rakan yang lain dalam kumpulan secara satu-persatu.Ini bermakna setiap ahli akan menilai diri sesorang itu dan menulis komen berkenaan di atas potret yang telah diberikan.Sebagai contohnya,menulis komen dia seorang yang ceria,bertanggungjawab,comel dan lain-lain.Selain itu,pensyarah turut menerangkan berkaitan dengan Business Model yang melibatkan aspek customer segment,value proposition,customer relationship,key partner,key resources,key activities,cost structure,renew stream dan channel.

Semua aktiviti yang dijalankan ternyata memberi impak yang positif.Antaranya dapat memberikan maklum balas yang baik,bekerjasama sebagai satu pasukan,menilai rakan-rakan serta berdiskusi berkaitan projek kumpulan yang akan dijalankan.


FARHANA
assalamualaikum
Pada minggu ini kami di minta untuk melukis potret diri masing-masing.
Kami perlu menulis setiap kelebihan dan kelemahan yang ada pada diri sendiri.
Selepas itu,setiap ahli kumpulan di kehendaki menukar potret tersebut dengan ahli kumpulan yang lain.
Tujuannya adalah supaya setiap ahli yang ada dalam kumpulan tersebut komen tantang kelebihan dan kelemahan yang ada pada ahli yang lain.
Saya dapati tugasan pada minggu ini bertujuan untuk melatih diri kami supaya lebih mengenali seseorang yang ada di sekeliling kami.
Dalam dunia perniagaan,kami perlu lebih peka terhadap pesaing kami.
Oleh itu,kelebihan dan kelemahan pesaing wajib di ketahui kerana itu adalah langkah berhati-hati dalam apa jua tindakan kami dalam dunia perniagaan.

FAZLIANA
Assalamualaikum…….
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat membuat refleksi pada minggu ini tentang tugasan saya melakar wajah diri saya dan menceritakan serba sedikit tentang ciri-ciri yang terdapat dalam diri saya serta perwatakan saya dan memberi peluang kepada rakan-rakan sekumpulan saya memberi komen-komen positif dan negatif tentang tanggapan mereka terhadap diri saya. Saya mendapat pelbagai komen-komen positif dan negatif. Sebenarnya saya lebih selesa jika rakan-rakan sekumpulan saya memberi komen-komen negatif daripada komen-komen positif kerana dengan komen-komen negatif saya dapat memperbaiki kelemahan diri saya. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekumpulan saya kerana memberi komen-komen yang positif terhadap diri saya. Dengan komen-komen positif tersebut, saya akan mengekalkan ciri-ciri tentang diri saya tersebut dan dengan komen-komen negatif pula, saya akan memperbaiki kelemahan yang ada bagi memajukan diri saya sendiri untuk kebaikan diri saya sendiri dan tidak lupa juga untuk kebaikan rakan-rakan sekumpulan saya. Dengan tugasan ini, saya dapat belajar erti kejujuran dan dapat mengetahui kelemahan diri saya yang tidak diketahui selama ini. Sekian, terima kasih.

ASYURA

Assalamualaikum.


Pada minggu ini, kami diminta menjalankan satu aktiviti yang mana memerlukan setiap individu melukis wajah masing-masing di atas sehelai kertas. Kemudian, kertas itu akan diberikan kepada setiap ahli kumpulan yang lain untuk ahli kumpulan menulis atau memberi komen sikap positif dan negatif. Aktiviti ini sangat seronok kerana kita boleh membaiki diri atas komen-komen yang negatif dari ahli kumpulan dan mengekalkan sikap-sikap positif yang diberikan.
Kita boleh mengaplikasikan aktiviti ini dalam dunia perniagaan yang sebenar yang mana kita perlu mengambil tahu dan peka dengan setiap kehendak dan keperluan pelanggan dan juga sikap-sikap negatif yang ada pada pesaing kita. Jika kita tidak arif dan menguasi perkara-perkara yang sebegini, kita tidak akan berjaya dalam dunia perniagaan
Wallahualam. Sekian, terima kasih :)
 

Sunday, 18 November 2012

 
 REFLEKSI MINGGU KE 3
MIRA ISMAIL
Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Pada minggu ini,kelas dimulai dengan melakukan aktiviti ombak...Kami sebagai satu pasukan harus bekerjasama untuk menghasilkan satu gelombang secara berterusan.Daripada aktiviti ini,kita dapat mengetahui bahawa dalam bidang perniagaan terdapat turun naik yang tersendiri.Seorang usahawan yang berjaya,haruslah mampu menghadapi situasi tersebut.Selepas itu,kami telah diberi tugasan daripada ketua kumpulan yang baru,iaitu memilih satu jawatan yang telah diberikan.Saya telah memilih jawatan sebagai pendaftar kerana ingin mengalami sendiri situasi ketika mendaftar sesebuah syarikat yang hendak ditubuhkan.Tugasan seorang pendaftar agak mencabar kerana data-data yang diberikan oleh usahawan perlu dikemaskini dengan rapi.Hal ini kerana tugas pendaftar merupakan titik awal permulaan sesebuah perniagaan yang berdaftar. Saya mendapati rakan-rakan pendaftar yang lain memberi komitmen yang tinggi dalam melakukan tugasan yang diberikan.
 
NEEDA
Pada minggu ini, kami mendapat arahan dari ketua kumpulan kami untuk memilih salah satu unit seperti pengurus bank,pekerja, pendaftar,pengguna,pembekal dan usahawan. Setiap unit harus mempunyai tugas masing-masing.
Saya telah memilih untuk menjadi pembekal. Sektor ini adalah unit yang membekalkan bahan-bahan yang diperlukan oleh usahawan untuk menjalankan aktiviti perniagaan mereka disamping mengembangkan perniagaan tersebut.
Tugas pembekal ialah menerima tempahan dari usahawan dan aktiviti ini memerlukan modal yang besar. Oleh itu kami sebagai pembekal harus berurusan dengan pihak bank untuk meminjamkan sejumlah wang kepada kami untuk memenuhi kehendak usahawan tersebut.
Disini kita dapat lihat bahawa jika hendak menjalankan aktiviti perniagaan harus memerlukan modal yang besar dan perlu berurusan dengan banyak pihak.
Sekian,
 
 MIRA RAHIM
Pada hari ini,pensyarah telah memulakan kuliah dengan membuat aktiviti berombak.Hal ini untuk menjalinkan kerjasama antara pelajar di samping memberi gambaran bahawa seorang usahawan itu mempunyai situasi pasang surut dalam operasi perniagaan yang dijalankan.

Selain itu,saya juga berpuas hati dan berasa mencabar kerana menggalas tanggungjawab sebagai seorang usahawan dalam aktiviti yang berikutnya.Di sini,saya bertanggungjawab dalam merancang perniagaan yang hendak dilaksanakan.Antaranya,perlu mendaftar perniagaan,membuat pinjaman kepada pihak bank,bijak berurusan dengan pihak pembekal,pakar dalam mengambil pekerja yang berkebolehan seterusnya menjual produk di pasaran.

Saya menyedari semua aktiviti yang dijalankan ini mempunyai agendanya tersendiri.Oleh itu,saya akan melibatkan diri sepenuhnya dan memberi komitmen dalam melaksanakan apa-apa jua aktiviti yang akan diberikan kelak.



 
 
 
 
 
  AZURA
Assalamualaikum wbt...
pada minggu ke-3,saya telah ditugaskan sebagai seorang pelanggan. kami dikehendaki membuat urusan peminjaman wang di bank untuk mendapatkan perkhidmatan dan barangan. melalui sesi pembelajaran ini,saya dapat mengalami sendiri bagaimana urusan tersebut dijalankan walaupun tidak mengikut prosedur yang sebenar. saya telah membuat peminjaman wang sebanyak wang sebanyak rm10 000 dan perjanjian dengan pihak bank untuk membayar balik pinjaman tersebut adalah selama 5 tahun.
setelah itu,kami dikehendaki menggunakan wang tersebut untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak pekerja. saya telah membeli kuey tiow sebanyak rm 2000 dan pizza hot sebanyak rm2000. ini bermakna, saya telah membelanjakan duit saya sebanyak rm4000 dan baki yang ada sebanyak rm6000.
akhir sekali,melalui sesi pembelajaran pada kali ini saya dapat didedahkan dengan pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang berguna dalam keusahawanan.
 
FAZLIANA
Assalamualaikum……
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat membuat refleksi tentang tugasan saya sebagai seorang pekerja. Sebagai seorang pekerja, saya perlu memohon pekerjaan dalam sesebuah syarikat. Saya perlu mencari jawatan-jawatan kosong dalam pelbagai sumber seperti akhbar, internet dan sebagainya. Saya perlu membuat satu resume untuk memohon sebarang pekerjaan. Saya membuat resume yang terbaik dan akhirnya saya diberi peluangmemegang jawatan sebagai akauntan di sebuah syarikat pemprosesan roti. Saya diberi tugasan bersama rakan-rakan sekerja untuk memberi satu idea tentang barang yang perlu dipasarkan dan kami membuat keputusan untuk menguruskan pengeluaran dan pasaran ‘pizza hot’. Pengurusan dalam memasarkan ‘pizza hot’ amat memberangsangkan dan mendapat keuntungan yang lumayan. Setelah sebulan bekerja, kami mendapat gaji yang pertama sebanyak RM1000 dan kami perlu masukkan duit tersebut ke dalam bank kami untuk simpanan. Kami gembira bekerja di syarikat yang mempunyai pengurusan yang baik itu. Dalam pembelajaran kali ini, saya dapat mencari pengalaman tentang seorang pekerja.
FARHANA 
Pada minggu ini saya diberi tanggungjawab sebagai seorang pegawai bank.
Seperti yang kita tahu,menjadi seorang pegawai bank bukanlah satu kerja yang senang.Kesabaran dan kebijaksanaan diperlukan.Hal ini demikian kerana saya perlu berdepan dengan ramai orang yang ingin membuat pinjaman wang bagi melancarkan urusan mereka.Saya ditugaskan untuk menjaga kaunter pinjaman wang bagi meluluskan jumlah wang pinjaman yang dilakukan oleh usahawan,pembekal dan pelanggan.Pihak kami sebulat suara memberi kata sepakat untuk memberikan pinjaman sebanyak RM40 ribu dan kebawah bagi usahawan dan pihak pembekal sebagai modal perniagaan mereka.Manakala,wang pinjaman maksimum bagi seorang pelnggan hanya lah sekitar RM5 ribu sahaja.Kami ada menyediakan syarat khas bagi peminjam seperti mereka perlu membayar hutang pinjaman tersebut dalam tempoh setahun serta dikenakan caj keuntungan sebanyak 10% daripada jumlah pinjaman mereka.Jika mereka gagal untuk berbuat demikian,pihak kami berhak untuk menyita aset mereka.Selain itu,usahawan dan pihak pembekal perlu membayar semua bil dan sewa kepada pihak bank.Bil-bil tersebut berjumlah RM200 manakala sewa dikenakan sebanyak RM1000.Di akhir tugasan tersebut,saya mendapati semua peminjam tidak mampu membayar hutang mereka di bank.Perniagaan mereka tidak mendapat keuntungan dan menyebabkan mereka terus berhutang.